24 May 2016

Akhir Louis Van Gaal Angkat Kaki

Tidak sampai seminggu Louis Van Gaal membawa kejayaan kepada Manchester United untuk memenangi Piala FA yang ke 12 dalam perlawanan yang sangat dramatik dengan Crystal Palace, beliau telah pun dipecat oleh pengurusan tertinggi kelab Red Devils. Ini bermakna Louis Van Gaal dan para staf kejurulatihannya telah mengangkat kaki serta merta keluar dari kelab berkenaan.  Louis Van Gaal yang pernah membimbing kelab negara Jerman, Sepanyol dan jurulatih skuad kebangsaan Belanda telah mula mengambil tugas daripada Ryan Giggs yang menjadi jurulatih sementara selepas David Moyes turut dipecat bermula pada tahun 2014. Beliau menandatangani kontrak bersama Manchester United  selama tiga tahun sehingga 2017. Kejayaan menggondol Piala FA kali ke 12 tidak cukup membantu mempertahankan jawatan sebagai seorang jurulatih di kelab ternama.

Bye-bye LVG

LVG yang berusia 64 tahun pernah berkata kepada wartawan bahawa beliau ingin bersara sepenuhnya daripada menjadi jurulatih bola sepak demi mengotakan janji kepada isterinya dengan menghabiskan sepenuh masa kepada keluarga, anak dan cucunya.LVG telah memulakan karier sebagai seorang jurulatih pada tahun 1986 sebagai pembantu jurulatih di kelab AZ Alkmaar. Selepas ini, tidak pasti apakah LVG akan bersara secara rasmi atau menanti tawaran sebagai jurulatih dari kelab lain atau tugasan jurulatih skuad negara pada masa akan datang pula

 
FA CUP 2016 ke 12

Diucapkan selamat maju jaya kepada LVG. Umumnya , faktor kelab Manchester United memecat LVG telah pun diketahui Lembaga kelab ingin melantik Jose Mourinho bekas Jurulatih Inter Milan, Chelsea dan Real Madrid sebagai jurulatih yang baru bagi musim 2016/2017. Ketika hari perlawanan Piala FA berlangsung, dikatakan Lembaga Pengurusan Kelab Manchester United sedang berunding dengan Jose Mourinho untuk mencapai kata putus isi kandungan dalam kontraknya. Sebelum ini jurulatih kelahiran Portugal menafikan seketika yang beliau akan dilantik menjadi jurulatih skuad Red Devils itu. Walhal beliau dan ejennya telah beberapa kali berjumpa dengan CEO Ed Woodward membentangkan pelan pembangunan skuad Manchester United pada awal tahun ini. Apakah Jose Mourinho boleh mengembalikan kegemilangan Manchester United pada musim depan?

Dan…………….



Adakah Ryan Giggs juga akan meninggalkan kelab yang sangat dicintainya?

Baca Manchester United , Glory?Glory?

19 May 2016

Pemain Era Alex Ferguson 2012/2013

Setelah Sir Alex Ferguson bersara dengan penuh kebanggaan, kemasyhuran dan kegemilangan, David Moyes telah mengambil alih kejurulatihan pasukan Manchester United bermula musim 2013/2014. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh David Moyes ialah menukar semua staf kejurulatihan lama. Ini termasuklah penolong jurulatih Rene Meunlesteen dari Belanda dan Mike Phelan dari England. Jurulatih penjaga gol Eric Steele turul mengangkat kaki keluar mencari kelab baru yang memerlukan khidmat beliau. David Moyes telah memasukkan rejim staffnya dari Everton termasuklah bekas pemain Manchester United Phil Neville. Apabila David  Moyes memulakan tugasnya, beliau turut membawa masuk Fellaini ( si rambut afro ) ke dalam skuad Red Devils kerana yakin dengan kemampuan pemain itu untuk menyesuaikan diri di dalam skuad kendalian barunya. Bermulalah era David Moyes di mana nama beliaulah yang dicadangkan oleh Alex Ferguson sendiri ke Lembaga Pengarah bagi menggantikan beliau. Pada masa itu terdapat juga desas – desus nama jurulatih lain yang dikaitkan untuk melatih Red Devils. Selepas itu bermulalah pemain keluar masuk di dalam kem Manchester United ini.



Berikut adalah pemain-pemain yang telah keluar dari Manchester United bermula dari era David Moyes sehinggalah era Louis Van Gaal. Ramai pemain muda terutama dari akademi Manchester United keluar mencari kelab baru kerana mereka merasakan pengurusan baru tidak menyerapkan mereka sebagai pasukan kebelasan utama. Jadi bagaimana mereka hendak menunjukkan prestasi dan kemampuan sendiri sekiranya tidak diberikan peluang bermain di kesebelasan utama?  Walau bagaimanapun, kita harus mengakui dan bersetuju setiap jurulatih baru mempunyai hala tuju dan falsafah bola sepak yang tersendiri.

sumber dari www.worldfootball.net dan wikipedia
Seramai 21 pemain Manchester United yang telah keluar dari kelab sama ada berpindah ke kelab ataupun menggantung but sepenuhnya. Ryan Giggs merupakan penolong jurulatih Louis Van Gaal merupakan individu paling lama masih berkhidmat di kelab ternama ini. Beliau adalah salah seorang pemain dari Akademi Manchester United bermula 1987 bersama dengan Gary Neville, Paul Scholes dan David Beckham yang membantu kelab Man.United menggondol trofi EPL beberapa kali.

18 May 2016

Kegemilangan Manchester United 2012/2013

Kesebelasan Utama Red Devils 2012/2013

Akhirnya, Manchester United telah menutup tirai musim BPL 2015/2016 dengan mencatatkan kemenangan kepada pasukan Bournemouth 3 – 1 di Old Trafford pada lewat pagi tadi. Secara rasminya kedudukan Manchester United di dalam carta Barclays Premier Table (BPL) di tempat kelima dengan jumlah 66 mata di belakang Manchester City . Walaupun jumlah mata Manchester City sama dengan Red Devils, tetapi pasukan berkenaan mempunyai kelebihan dalam jumlah jaringan gol. Bermakna pasukan Manchester United akan bermain dalam Liga Europa pada musim hadapan. Ini menunjukkan betapa prestasi pasukan Wayne Rooney ini tidak konsisten pada musim ini.

Sudah tiga musim berturut-turut pasukan Manchester terlepas dalam menggenggam Trofi BPL kerana prestasi pasukan seperti Yo-yo dengan dua pengurus yang berbeza iaitu di bawah David Moyes dan Louis Van Gaal. Ia sudah tentunya mengecewakan peminat kipas susah mati Manchester United. Pasti mereka akan mengimbau kembali kejayaan Manchester United semasa mereka menjuarai Trofi BPL pada musim 2012/2013 dibawah pengurus legenda Alex Ferguson yang telah bersara sepenuhnya menjadi pengurus Manchester selama 27 tahun.

Mari kita melihat kembali gambar memori indah pemain pasukan Manchester United sewaktu mereka meraikan kejayaan yang ke 13 menjuarai Trofi EPL pada musim 2012/2013 dan yang ke 20 untuk semua trofi yang dimenanginya di zaman kegemilangan atuk Fergie.

R.Van Persie mesin gol Manchester United

Musim 2016/2017 Manchester United mesti mendapatkan falsafah bola sepak yang jitu bagi mengembalikan kegemilangan seperti di zaman Sir Alex ferguson

Ryan Giggs my idol.. heh

Rio Ferdinand merupakan back four pertahanan dengan Nemandja Vidic

Salute to Legend!!!
Berikut ialah senarai pemain Red Devils 2012/2013

Goal Keeper No. Jersey Midfielder No. Jersey
Anders Lindegaard 13 Nani 17
De Gea 1 Darren Fletcher 24
Ben Amos 40 Ryan Giggs 11
Adnan Januzaj 44
Defender Shinji Kagawa 26
Nemanja Vidić 15 Jesse Lingard 35
Marnick Vermijl 36 Nick Powell 25
Rafael 2 Paul Scholes 22
Michael Keane 38 Antonio Valencia 7
Phil Jones 4 Ashley Young 18
Rio Ferdinand 5 Anderson 8
Patrice Evra 3 Michael Carrick 16
Jonny Evans 6 Tom Cleverley 23
Alexander Büttner 28 Larnell Cole 34
Striker
Wayne Rooney 10
Javier Hernández 14
Robin van Persie 20
Danny Welbeck 19
                   
Walau bagaimanapun, ramai pemain pada musim itu telah pun meninggalkan kelab Manchester United kerana apabila David Moyes mengambil alih, beliau merekrut ramai pemain baru sehinggalah kepada Louis Van Gaal. Tinggallah beberapa pemain senior sahaja daripada skuad Alex Ferguson pada ketika ini termasuklah Ryan Giggs yang telah menjadi pembantu pengurus Louis Van Gaal.

17 May 2016

Zlatan Ibrahimovic Ke Red Devils?

Belum dapat disahkan lagi apakah Zlatan Ibrahimovic akan berpindah ke kelab Manchester United pada musim 2016/2017. Desas - desus mengenai perpindahan pemain paling berpengaruh itu ke kelab yang berpengkalan di Manchester semakin kuat apabila Ibra tidak memperbaharui  kontrak dengan kelab PSG lagi untuk musim yang akan datang. Ini bermakna Ibrahimovic bebas untuk menyertai mana-mana kelab bola sepak yang ternama. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab lamanya untuk mencari angin baru selepas empat tahun bersama dengan PSG semenjak berpindah dari AC Milan pada tahun 2012. Ini sekaligus menafikan cakap-cakap agennya sendiri bahawa pemain itu akan kekal di PSG sekurang-kurangnya 4 tahun lagi.
Sumber - laman web PSG -

Banyak kelab ternama sedang mengintai pemain ini untuk dibawa masuk ke kelab mereka. Selain Manchester United, kelab Arsenal, malah ada juga kelab dari Itali dan juga kelab MSL yang berpengkalan di Amerika Syarikat turut berhasrat menandatangani pemain yang berusia 35 tahun itu. Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain yang menikmati gaji paling tertinggi dalam liga Perancis. Gaji terakhir beliau adalah sebanyak  $36.4 juta setahun. Itu belum lagi termasuk bonus kemenangan dan duit dari penajaan-penajaan yang lain. Sudah tentulah kelab yang ingin membawa masuk Zlatan Ibrahimovic ini mesti mempunyai bajet yang sangat besar bagi menarik superstar ini datang dan bermain untuk kelab mereka dengan penuh rasa gembira.  Kemungkinan kelab Manchester United boleh menawarkan kontrak setahun kepada Zlatan dan “extension” setahun lagi sekiranya beliau dapat membantu kelabnya menjuarai EPL pada musim berkenaan.

sumber - laman web Daily -
Sebelum ini Manchester United pernah juga merekrut pemain yang sudah berumur juga iaitu penjaga golnya Edwin van der Sar. Beliau di bawa masuk pada tahun 2005 dari Fulham dan telah membantu kelabnya menggondol Tiga Kejuaraan EPL dan Kejuaraan Eropah pada tahun 2008 sebelum bersara pada tahun 2011 ketika usia 40 tahun. Beliau menjadi seorang penjaga gol legenda tersohor sebaris dengan Fabien Barthez dan Peter Sheimeichel dalam kelab Manchester United. Jadi, seandainya Zlatan berjaya dipujuk oleh pengurusan kelab Manchester United untuk bermain dengan kelab itu , bolehkah dengan karisma, pengaruh dan kemahiran tinggi bola sepak Zlatan akan membawa Manchester United ke mercu kejayaan? Bolehkah Zlatan akan menjadi partner bersama Wayne Rooney sebagai penyerang serangkai yang berbahaya seperti Cole dengan Yorke pada masa yang lalu? Harus diingatkan, kemerosotan prestasi kelab Manchester United disebabkan ketiadaan penyerang profolik setelah R. Van Persie meninggalkan kelab Manchester United ketika dibawah kendalian jurulatih Louis Van Gaal ke kelab Turki Febernache pada tahun 2015 dan Chicharito (Javier Hernandes) yang angkat kaki ke kelab German Bayern Leverkusen. Dengar khabar LVG nak beli budak ni semula tapi kena bayar dengan harga yang tinggilah….Terkojut LV. Kah3. Sapa suruh jual dulu..

Tenang sekarang dia dekat Febernache -sumber Wikipedia-
Sapa suruh jual gua -sumber Dailystar-
Nampaknya peminat Red Devils kenalah tunggu sehingglah musim EPL bermula pada bulan Ogos 2016 nanti. 

16 May 2016

Jersi Away Baru Manchester United 2016/2017

Belum pun lagi liga EPL berakhir untuk musim ini, Pasukan The Red Devils, Manchester United telah mengeluarkan kit jersi yang baru untuk perlawanan di tempat lawan. Jersi baru ini akan dilancarkan dan digunakan semasa perlawanan dengan Borussia Dortmund di Shanghai China dalam perlawanan pra musim 2016/2017 yang baru. Ashley Young, Juan Matta, De Gea dan Luke Shaw merupakan pemain utama yang menjadi model bagi jersi baru keluaran ADIDAS ini. Perlawanan itu akan dilangsungkan pada 22 Julai 2016.


-sumber laman web Man.United-


Jersi baru ini berwarna biru gelap pada fabriknya dan ia mempunyai tiga jalur di atas bahagian bahu yang berwarna merah. Logo ADIDAS juga berwarna merah. Manakala penaja Chevrolet terletak di tengah jersi. Inspirasi jersi baru ini diambil dari zaman George Best dan dan Charlton ketika Manchester United buat pertama kalinya memenangi PialaKejuaraan Eropah pada tahun 1968.(Baca di sini). Wow!! bagi aku ia sangat "good looking" untuk para pemain -pemain skuad Manchester United. Mungkin pasukan jolokan The Southern Tigers Johor Darul Takzim boleh mengambil idea jersi baru ini untuk jersi JDT pada musim depan pula. Kelengkapan jersi termasuk seluar dan stoking tempat lawan ini boleh didapati di stor online Manchester United di sini bermula dari sekarang. Jersi ini juga boleh didapati untuk kanak-kanak. Jersi berlengan panjang juga boleh didapati bagi wanita. Aku tidak pasti adakah jersi ini telah pun berada di butik ADIDAS Malaysia sekarang ataupun tidak.

-sumber laman web adidas.com/uk

Aku berharap pada musim akan datang Manchester United akan mempamerkan prestasi yang lebih memuaskan dan cemerlang kerana dalam tiga musim dibawah kendalian jurulatih David Moyes dan Luis Van Gaal, ianya tidak seperti dibawah kendalian pengurus legenda Sir Alex Ferguson pada sebelum ini.Aku berharap juga semangat aku untuk menyokong Manchester United menyala semula kerana selama 2 musim ini aku tidak mengambil tahu sangat mengenai liga EPL termasuklah Red Devils.